Ha..ini pertama kali masak lauk guna tempoyak..sebelum ni..memang tak terbayang atau tak terfikir langsung apa rasa tempoyak ..in fact tak teringin punn, yalah sebab dia asal dari duriankan..paham2 aje ler...hehe..Disebabkan banyak lauk pauk yang dalam internet ni yang kita tengok ada bubuh tempoyak dalam masakkan mereka, jadi teringin pulak nak mencuba..So time kita masuk JB, kemarin..kita ternampak ler tempoyak belilah juga sebab nak try apa rasa tempoyak ni kan..
Surf punya surf terjumpa lauk ni kat dapur Zalinah, kebetulan kita ada beli belimbing buluh dan tercari2 recipe apa yang kena sebab ikan tenggiri pun ada juga, cuma petai aje tak ada..
So terjadilah lauk lemak tempoyak tenggiri & belimbing ni without the petai..
Alhamdullilah, lauk ni habis hingga ketitisannya..hehe my dad suka sangat lauk ni..yalah first because lauk lemak memang dia suka..then ada letak tempoyak lagiii dia suka..hehe..
For me pulak, yang tukang masak, pertama kali makan lauk bertempoyak..boleh tahan sedap ..tak berapa rasa 'kedurianannya' tu..hehe cuma rasa masam ajelah kan..so pass, lain kali boleh dimasak lagi guna tempoyak..:)
Terimakasih buat Zalina kerana berkongsi resipi lemak tempoyak ni ya..sedapp..kita minta izin dipanjangkan disini pula untuk rujukan masa akan datang ya..
Lemak Tempoyak Tenggiri & Belimbing
Adapted From Lemak Tempoyak Tenggiri & Belimbing Berpetai
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan :
6 keping ikan tenggiri-(Ayu gunakan 4 keping)
3 papan petai-(Ayu tak letak ni)
15 biji belimbing buloh
1 helai daun kunyit - dihiris halus-(Ayu carik2 aje)
2 batang serai - dititik
2 sudu besar tempoyak
4 cawan santan-(Ayu gunakan 1 kotak santan kara, dan sedikit air aje)
Garam dan gula secukup rasa
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
20 biji ciliapi*
1 in kunyit hidup* - semua bahan*dikisar
Cara-cara :
Masukkan santan, tempoyak, serai dan semua bahan yang dikisar halus didalam periuk. Masak diatas api perlahan.
Masukkan ikan dan kacau hingga masak.
Masukkan belimbing buloh dan petai. Perasakan garam dan gula secukupnya.
Masukkan daun kunyit dan tutup api.
Sedia dihidang.
0 Yorumlar